PIBG

PIBG-letterhead-latest16

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Asyakirin ditubuhkan pada 21 Mac 2006. Semenjak penubuhannya, PIBG SK Asyakirin telah banyak membantu pihak sekolah melalui kutipan dana dan menyokong pelbagai aktiviti sekolah. Antara projek besar yang dijalankan oleh PIBG Sk Asyakirin adalah pembinaan jalan berbumbung untuk kegunaan murid sekolah. Sejak 2013/2014, PIBG SK Asyakirin telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Antara program besar yang baharu dijalankan adalah kutipan dana awam di bawah Program Ceriathon 2014. Dana kutipan digunakan untuk meningkatkan prasarana sekolah termasuk aspek keceriaan dan kebersihan tandas selain kemudahan murid. PIBG SK Asyakirin telah menetapkan sasaran tanda aras untuk bergiat sebagai PIBG Berprestasi Cemerlang 2017.