Peraturan Sekolah

PANDUAN DAN PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN

PELAWAT
Pelawat dibenarkan masuk ke kawasan sekolah atas urusan rasmi sahaja.
Pelawat dikehendaki meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah.
Kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok.

KEDATANGAN
Wajib datang ke sekolah selewat-lewatnya 6.55 pagi.
Pukul 7 pagi, semua murid perlu menyertai bacaan yassin dan sembahyang pagi.
Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab tertentu dikehendaki mengemukakan sijil sakit atau surat pemberitahuan yang sah dari ibu bapa/penjaga.
Murid yang tidak hadir ke sekolah beberapa hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.
Murid yang sakit dan hendak ke klinik perlu mendapat kebenaran dari pihak pentabiran dan mengisi buku kebenaran balik awal.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID LELAKI)
Baju putih berlengan pendek atau panjang dan bersaku di sebelah kiri.
Baju dimasukkan ke dalam seluar dan semua butang dikenakan
Seluar bewarna biru tua
Kasut kanvas dan stokin bewarna putih
Tali pinggang bewarna gelap dan tidak berkepala besar
Songkok adalah dibenarkan. Penggunaan kopiah tidak dibenarkan.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID PEREMPUAN)
Pinafore biru tua bagi bukan Islam. Labuh melebihi lutut dan tidak ketat.
Baju kurung putih dan berkain biru tua serta memakai tudung putih yang tidak bersulam atau bermanik bagi yang Islam.
Tidak dibenarkan memakai persolekan dan barang kemas.
Mesti memakai singlet di dalam.

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
Seluar panjang sukan dan t-shirt.
Tidak dibenarkan memakai t-shirt dengan baju seragam sekolah.
Selepas PJ, murid perlu menukar pakaian.

PAKAIAN SEMASA KOKURIKULUM
Memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing atau baju T unit uniform dan berseluar panjang.

POTONGAN RAMBUT (LELAKI)
Pendek dan kemas.
Rambut pada bahagian belakang tidak boleh menyentuh para bawah telinga.
Misai dan janggut tidak dibenarkan.
Rambut terlalu pendek (kurang 1 inci) atau botak dilarang.
Rambut berfesyen adalah dilarang.

POTONGAN RAMBUT (PEREMPUAN)
Diikat dengan kemas dan tidak jatuh ke bahu menggunakan reben bewarna hitam sahaja.

KUKU
Perlu memotong kuku yang panjang.
Cat kuku/ berinai tidak dibenarkan.

TAG NAMA
Memakai tag nama sepanjang persekolahan.
Dilarang menggunakan tag nama murid lain.
Lelaki – lencana dan tag nama dilekat di poket sebelah kiri. Lencana di atas diikuti tag nama.
Perempuan – lencana dan tag nama dilekat di tudung sekolah  atau penafore sebelah kiri.

BUKU TEKS
Dikehendaki membalut buku teks.
Tidak menulis atau menconteng.
Perlu mengganti buku teks yang hilang atau terkoyak.
Dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas waktu persekolahan.
Semua buku teks yang dipinjam perlu dikembalikan di akhir tahun.

TELEFON BIMBIT
Semua murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pada waktu persekolahan atau kegiatan kokurikulum mahupun aktiviti lain.
Jika murid terbawa, telefon mesti diserahkan kepada guru kelas untuk disimpan sementara waktu bagi mengelakkan kecurian atau dirampas oleh pihak sekolah.

BARANG YANG DIHARAMKAN DIBAWA KE SEKOLAH
Marker
Pemadam pen jenis cecair
Semua jenis alatan tajam kecuali atas permintaan guru untuk beberapa subjek
Majalah hiburan
Album gambar
Bahan lucah
Majalah komik
Pewarna pen (high-lighter)
Poster artis
Cermin
Minyak wangi
Barang judi / kad poker
Kad magik/yoyo/pokemon
Radio/walkman
Pengetip kuku
Mercun / bunga api
Chewing gum
Label berunsur politik
Lain-lain barang yang dimaklumkan dari masa ke semasa

TATATERTIB
Dilarang berdua-duaan antara murid lelaki dan perempuan atau dengan orang luar.
Tidak dibenarkan membawa atau menjemput orang luar yang tidak berkaitan kecuali ibu bapa/penjaga.
Menghormati semua warga sekolah dan memberi ucapan salam apabila berjumpa.

Advertisements