SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-60

Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin. Dengan tema tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, hal ini menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. #harikebangsaanke-60 #negarakusehatisejiwa Advertisements

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Untuk makluman semua, sekolah akan bercuti bermula pada 26 Ogos hingga 3 September 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 4 September 2017. Kesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga SKA yang beragama Islam memandangkan perayaan ini akan disambut dalam cuti tersebut (1 September). Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran.  

PELAKSANAAN LINUS SARINGAN 2 2107

Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh pelaksanaan Linus Saringan 2 yang melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 yang melibatkan tiga komponen iaitu Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi. Untuk makluman, Tahun 4 hanya untuk murid yang belum menguasai Literasi Bahasa Inggeris sahaja.