SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga SKA yang beragama Islam. Semoga perayaan ini disambut dalam penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Selamat bercuti juga diucapkan kepada warga SKA yang akan bercuti nanti. Cuti bermula pada 23 Jun hingga 2 Julai 2017. Sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan! Selamat Hari Raya and Happy Holiday!!!  

Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk makluman seluruh warga Sekolah Kebangsaan Asyakirin, pada hari Sabtu (17 Jun 2017) akan diadakan sesi persekolahan sempena Cuti Ganti Hari Raya Aidilfitri iaitu hari Jumaat (23 Jun 2017). Cuti Ganti ini telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Pada hari Sabtu tersebut akan diadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa Kali Yang Pertama pada sesi persekolahan tahun 2017.…

SELAMAT HARI GAWAI

Selamat Hari Gawai diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin yang meraikan perayaan ini. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan. Gayu Guru Gerai Nyamai.