KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH BINTULU 2017

16 April: Pada 25 Februari 2017 yang lepas, SK Asyakirin telah menyertai Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Bintulu yang diadakan di SK Kampung Baru. Terdapat 5 pertandingan yang dipertandingkan pada karnival tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Bercerita (Tahap Satu dan Tahap Dua), Pertandingan Bicara Berirama, Pertandingan Pantun dan Pertandingan Pidato Diraja.

Alhamdulillah, pencapaian terbaik SK Asyakirin adalah menerusi Pertandingan Bercerita Tahap 2 yang diwakili oleh adik Musa Bin Mohd Jamadi (5 Delima) yang mendapat tempat ke-2. Tajuk cerita beliau adalah ‘Semangat Padi.’

bm3

Adik Musa Bin Mohd Jamadi

Selain itu, bagi Pertandingan Bercerita Tahap Satu, SK Asyakirin berjaya memperolehi saguhati tempat ke-10. Peserta tersebut adalah adik Nurin Batrisya Bt. Azimal (3 Delima) dengan cerita yang bertajuk ‘Sang Semut dan Sang Belalang.’ Tahniah diucapkan kepada mereka berdua serta guru-guru yang melatih.

Bagi pertandingan bicara berirama, pantun dan pidato diraja, usaha, komitmen dan strategi perlu diperbaiki dan ditingkatkan lagi agar memperoleh kejayaan pada tahun depan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada guru-guru BM yang telah bertungkus-lumusĀ melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan masing-masing. Syabas!!! Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menyertai pertandingan dalam Karnival BM ini. Semoga ilmu dan kemahiran dipelajari, dapat diamalkan nanti.

Semoga SK Asyakirin akan memperoleh lebih banyak kejayaan pada tahun hadapan! Insya’Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s