CUTI PENGGAL 1 2017

Untuk makluman semua warga SK Asyakirin, Cuti Penggal 1 akan bermula pada 18 Mac hingga 26 Mac 2017. Sesi persekolahan akan bermula pada 27 Mac 2017 (Isnin). Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kerana bak kata pepatah, ‘Masa itu emas.’ Happy holidays!!!

TAHNIAH! SK ASYAKIRIN MENDAPAT TEMPAT KE-2

5 Mac 2017: Pada 11 Februari yang lepas, SK Asyakirin telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Bintulu 2017. Sebanyak 10 buah sekolah yang bertanding dalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan di gelanggang sepak takraw SK Asyakirin. Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan: Johan : SK Sg. Setiam Naib Johan : SK Asyakirin Tempat…