HARI PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2017

10 Januari: Sesi persekolahan tahun 2017 sudah bermula dan pelbagai cabaran akan dihadapi oleh seluruh warga SKA yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid, ibu bapa., kerani, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan dan pekerja kantin. Untuk makluman semua, pada 1 Januari 2017 (Ahad) yang lepas, sesi pendaftaran bagi SK Asyakirin telah dijalankan bermula jam 8.15 pagi. Sebenarnya, penetapan hari pendaftaran persekolahan adalah mengikut sekolah masing-masing dan mungkin berbeza.

Pendaftaran bagi murid-murid tahun 2 hingga 6 dijalankan di kelas masing-masing manakala bagi murid tahun 1 di dewan sekolah. Pendaftaran bagi murid-murid Pendidikan Khas pula adalah di blok bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) manakala murid-murid Prasekolah di kelas Prasekolah A, B, C dan D. Bagi murid-murid yang baru berpindah ke SK Asyakirin, mereka perlu mendaftar di bilik mesyuarat. Antara yuran yang perlu dibayar adalah yuran  PIBG, bayaran kad perpustakaan baru dan lain-lain.

Pada hari tersebut juga, koperasi (Kedai Kita) telah dibuka untuk menjual pelbagai kelengkapan persekolahan seperti buku tulis, alat tulis, lencana, T-shirt sekolah, seluar tracksuit dan banyak lagi. Bilik buku teks turut dibuka untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan buku teks. Semoga semua warga SKA berusaha bersungguh-sungguh pada tahun ini untuk memperoleh pelbagai kejayaan. Insya’Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s