SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2017

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru di SK Asyakirin yang meraikannya.  Gong Xi Fa Cai. Kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Sesi persekolahan akan bermula pada 1 Februari 2017 (Rabu). Advertisements

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-9 DAN PELANCARAN LAMAN WEB

21 Januari: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-9 SK Asyakirin telah dihadiri oleh barisan pentadbir, exco-exco PIBG, guru-guru dan para ibu bapa. Kehadiran ibu bapa pada sesi mesyuarat kali ini sangat menggalakkan. Mesyuarat diadakan di dewan utama. Pada waktu yang sama, laman web SK Asyakirin yang telah beroperasi mulai Januari 2016 telah dilancarkan  oleh Guru…

HARI PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2017

10 Januari: Sesi persekolahan tahun 2017 sudah bermula dan pelbagai cabaran akan dihadapi oleh seluruh warga SKA yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid, ibu bapa., kerani, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan dan pekerja kantin. Untuk makluman semua, pada 1 Januari 2017 (Ahad) yang lepas, sesi pendaftaran bagi SK Asyakirin telah dijalankan bermula jam 8.15 pagi. Sebenarnya, penetapan…

JOM KEMBALI KE SEKOLAH!

2 Januari: Makluman kepada semua, sesi persekolahan tahun 2017 akan bermula pada esok hari (3 Januari 2017). Waktu persekolahan adalah seperti biasa iaitu bermula pada jam 7.00 pagi. Perhimpunan pertama akan dijalankan pada esok pagi (Selasa) pada jam 7.15 pagi. Bagi ibu bapa yang belum mendaftar anak-anak, boleh berbuat demikian pada esok hari dengan berjumpa…