KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-2 TAHAP 1 DAN 2 2016

13 November: Pada 14 dan 15 Oktober 2016 yang lalu, Kem Bestari Solat (KBS) Siri Ke-2 telah dijalankan kepada murid-murid beragama Islam bagi Tahap Satu dan Dua. KBS ini telah dijalankan di surau sekolah pada dua hari yang berasingan iaitu 14 Okt (Tahap Satu) dan 15 Okt (Tahap Dua). Seramai 12 orang guru Pendidikan Islam terlibat dalam menjayakan KBS kali ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ‘explorace’ pemahaman tentang cara berwudhuk, kemahiran solat, rakaat solat-solat wajib dan bacaan dalam solat (rukuk, sujud, tahiyyat awal dan akhir).

Tahniah diucapkan kepada guru-guru Pendidikan Islam SK Asyakirin atas usaha yang telah dicurahkan. Semoga KBS ini memberi manfaat kepada murid-murid beragama Islam dalam pemahaman tentang solat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s