BACARIATON 2016

baca01

Majlis Penutupan Program Bacariaton 2016

Program Kutipan Awam Bacariaton 2016 merupakan program penting PIBG SK Asyakirin untuk membantu mengumpul dana kepada PIBG bagi menjalankan projek-projek khas meningkatkan kemudahan murid. Program Bacariaton 2016 bermula dengan program kutipan awam sepanjang bulan Julai dan Ogos 2016, disertai oleh semua warga PIBG SK Asyakirin.

Di samping itu, satu program/aktiviti khas sempena Bacariaton 2016 dijalankan di sekolah melibatkan semua murid SK Asyakirin dan telah berlansung selama 2 bulan. Program khas Bacariaton dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang dipimpin oleh Cikgu Norlia binti Bujang.  Selain itu juga, PIBG SK Asyakirin turut menyediakan cabutan bertuah kepada warga PIBG Sk Asyakirin yang mengutip dana melalui kad Bacariaton 2016.

Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah Bacariaton 2016

Acara kemuncak iaitu Penutupan Bacariaton 2016 telah diadakan pada 14 Oktober 2016. Program ini dirasmikan oleh En. Johan bin Ismail, Yang Di-Pertua PIBG SK Asyakirin. Dalam ucapan beliau, majlis dimaklumkan bahawa kutipan awam Program Bacariaton telah mencecah nilai RM 50 ribu (RM 50,756.25). Ia merupakan satu jumlah yang amat dibanggakan dan merupakan satu kejayaan bagi semua warga PIBG SK Asyakirin.

Persembahan Murid

Dengan adanya dana tersebut, banyak projek bagimen meningkatkan kemudahan murid dapat dilaksanakan, antaranya Projek tumpuan iaitu Menaik Taraf Pusat Sumber Sekolah, menyediakan jalan berbumbung di Pintu B dan Memasang Jendela Kayu di Ruang Legar Sekolah, dan banyak lagi.  Semoga semua projek ini meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada semua murid SK Asyakirin. PIBG SK Asyakirin dan Para Pentadbir SK Asyakirin ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerjasama dari semua warga PIBG SK Asyakikirn terutamanya para ibu bapa dan guru atas kejayaan program ini.

SYABAS DAN TAHNIAH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s