CUTI AKHIR TAHUN 2016

Salam sejahtera! Makluman kepada semua warga SK Asyakirin,  cuti akhir tahun akan bermula pada 26 November 2016 hingga 2 Januari 2017. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 3 Januari 2017 (Selasa). Semoga cuti panjang ini dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di samping bercuti bersama keluarga. Sentiasa berhati-hati tidak kira di mana jua kita…

CERAMAH UNIT B&K DAN SAMBUTAN HARI JADI PPKI

Pada 16 November 2016 yang lalu, kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SK Asyakirin telah mengadakan satu program berkembar iaitu ceramah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Asyakirin dan juga sambutan hari jadi murid-murid PPKI. Ceramah motivasi yang bertajuk “Kesopanan dan Kesusilaan” ini telah disampaikan oleh dua orang guru dari unit B&K iaitu Pn. Carolynn ak…

KEPUTUSAN UPSR 2016

16 November: Detik yang dinantikan sudah tiba. Pada esok hari, 17 November 2016, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan. Sememangnya seluruh warga sekolah terutamanya para guru, calon UPSR dan ibu bapa ternanti-nanti apakah keputusan yang bakal diperolehi. Namun, apa jua keputusan yang akan diketahui nanti, terimalah dengan penuh kesyukuran dan sabar. Keputusan…

KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-2 TAHAP 1 DAN 2 2016

13 November: Pada 14 dan 15 Oktober 2016 yang lalu, Kem Bestari Solat (KBS) Siri Ke-2 telah dijalankan kepada murid-murid beragama Islam bagi Tahap Satu dan Dua. KBS ini telah dijalankan di surau sekolah pada dua hari yang berasingan iaitu 14 Okt (Tahap Satu) dan 15 Okt (Tahap Dua). Seramai 12 orang guru Pendidikan Islam…

PEMBERITAHUAN TARIKH PENGHANTARAN DAN PENYERAHAN BUKU TEKS

9 November: Untuk makluman, murid-murid boleh menghantar Buku Teks yang sudah siap disusun mengikut jumlah yang telah ditetapkan bermula esok. Buku-buku Aktiviti bagi murid-murid Tahap 1 dan buku Cermat Tiba Selamat tidak perlu dihantar. Sebarang masalah berkaitan seperti kehilangan buku boleh berjumpa dengan Guru Kelas untuk tindakan selanjutnya. Jadual penghantaran mengikut tahun (Tahun 1 hingga 6) adalah…

BACARIATON 2016

Program Kutipan Awam Bacariaton 2016 merupakan program penting PIBG SK Asyakirin untuk membantu mengumpul dana kepada PIBG bagi menjalankan projek-projek khas meningkatkan kemudahan murid. Program Bacariaton 2016 bermula dengan program kutipan awam sepanjang bulan Julai dan Ogos 2016, disertai oleh semua warga PIBG SK Asyakirin. Di samping itu, satu program/aktiviti khas sempena Bacariaton 2016 dijalankan…