Kursus Klasifikasi OKU Kebangsaan Peringkat Bahagian Bintulu

img_8032

Pada 13 Oktober 2016 telah diadakan satu Seminar Klasifikasi OKU Kebangsaan Peringkat Bahagian Bintulu yang bertempat di Bilik Mesyuarat PERBINDA, Bintulu. Penganjuran seminar ini adalah usahasama pihak Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Bintulu (KBS), Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sarawak (PESRON) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Seminar ini diadakan pada pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang yang melibatkan guru-guru Pendidikan Khas dari beberapa buah sekolah yang mempunyai kelas Pendidikan Khas. Antara sekolah-sekolah yang menghantar wakil ke seminar ini iaitu :

  1. SK Kampung Jepak
  2. SK Kelawit
  3. SK Orang Kaya Mohamad
  4. SK Sebauh
  5. SK Asyakirin
  6. SK Kidurong 2
  7. SK Desa Lavang
  8. SJK Chung Hua
  9. SJK Chung Hua 2
  10. SMK Kidurong
  11. SMK Kemena

Selain itu, seminar ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pihak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu PDK Gemilang. Turut hadir iaitu Encik Matsah dari PPD Tatau. Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Khas mengenai kewujudan kerjasama antara kerajaan, agensi-agensi luar dan pihak NGO dalam meningkatkan lagi mutu sukan Orang Kurang Upaya di peringkat daerah seterusnya ke peringkat kebangsaan. Wakil dari PESRON iaitu Encik Matthew Chin memberi pendedahan mengenai klasifikasi dan kategori acara yang dipertandingkan di peringkat Paralimpiad dan Paralimpik. Sejurus selepas 3 orang atlit Paralimpik Malaysia yang berjaya membawa pulang 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa semasa temasya sukan berprestij dunia iaitu Paralimpik Rio yang lepas, Kementerian Belia dan Sukan serta PESRON giat mencari pelapis dan atlit baru yang berpotensi untuk mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik di Tokyo pada tahun 2020 nanti. Maka usaha tersebut sangat diambil berat dari peringkat akar umbi lagi iaitu di peringkat sekolah.

Jawatankuasa yang akan bersama menjadi penggerak untuk meningkatkan mutu sukan yang melibatkan OKU di Bahagian Bintulu juga menjadi topik perbincangan dalam seminar ini. Semoga melalui usaha murni serta kerjasama pelbagai pihak ini, murid-murid Pendidikan Khas akan lebih giat untuk terlibat secara aktif bukan sahaja di peringkat sekolah malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s