Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Kebangsaan Asyakirin Kali Ke-10

Pada 5 dan 6 Oktober yang lepas, Sekolah Kebangsaan Asyakirin telah menganjurkan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Kali yang ke-10. Perasmian pembukaan temasya tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhamad Yakup bin Kari selaku Residen Bahagian Bintulu manakala perasmian penutupan dilakukan oleh Encik Johan bin Ismail selaku Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Asyakirin. Temasya ini berlangsung selama dua hari iaitu di Padang SK Asyakirin pada hari pertama dan di Stadium Bintulu pada hari kedua. Ibu bapa turut hadir bagi memeriahkan lagi kehangatan kejohanan pada tahun ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Rumah-rumah sukan yang bertannding pada tahun ini iaitu rumah sukan Perdana, Waja, Wira dan Satria. Murid-murid dilibatkan secara menyeluruh bermula daripada kategori Prasekolah, PPKI, Tahun 1 hingga 6. Seramai 364 orang murid mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingakan. Antara acara-acara yang dipertandingkan iaitu acara :

  1. Lontar Peluru
  2. Boccea
  3. Lompat Jauh
  4. Lompat Berdiri
  5. 60 M
  6. 100 M
  7. 200 M
  8. 4×100 M
  9. 4×200 M

Pada tahun ini juara keseluruhan jatuh kepada rumah sukan Waja. Tempat kedua iaitu rumah sukan Perdana, tempat ketiga rumah sukan Wira manakala tempat keempat iaitu rumah sukan Satria. Kejohanan ini berlangsung dengan jayanya atas kerjasama para guru dan juga kehadiran ibu bapa pada hari tersebut. SK Asyakirin dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang telah terlibat dalam menjayakan penganjuran Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Asyakirin Kali yang ke-10 pada tahun ini.

img_8253img_8254img_8255

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s