PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KILAT PIBG

26 September : Untuk makluman semua, PIBG SK Asyakirin telah mengadakan kutipan sumbangan derma kilat pada 27 Jun 2016 yang lalu melalui surat yang telah diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Asyakirin.

Terdapat dua orang murid yang menerima sumbangan tersebut. Pertama ialah adik Jeonafena dari kelas 2 Nilam yang memerlukan rawatan dan pembedahan mata. Kedua, adik Nur Fateha Yasmin Binti Narawi dari kelas 6 Mutiara yang memerlukan rawatan kerana menghidap penyakit jantung berlubang. Sumbangan telah disampaikan pada 26 September 2016 yang lalu oleh Penolong Kanan Kurikulum, Puan Dayang Halimah Binti Unus kepada ibu bapa murid-murid tersebut. Setiap murid menerima sejumlah RM 1,017 dalam bentuk cek.

Turut hadir pada sesi penyerahan tersebut adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Aminah Binti Sisi dan Setiausaha PIBG, Cik Siti Haziah Binti Raduan. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu kebajikan kedua-dua murid dalam menjalani rawatan. Terima kasih kepada semua warga SK Asyakirin yang telah menyumbang. Kami mendoakan agar adik Jeonafena dan Nur Fateha serta keluarga sentiasa kuat dan tabah. Semoga kita semua mendapat ganjaran daripada Yang Maha Esa.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s