Kem Program PINTAR 2.0 Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak Bersama PPD Bintulu

Pada 5 hingga 8 September 2016 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Asyakirin telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai Kem PINTAR 2.0. Kem ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak bersama Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu yang bertempat di Mardiah Resort, Bintulu. Sebanyak 10 buah sekolah rendah di bawah kelolaan PPD Bintulu menyertai kem ini dan turut diiringi oleh seorang guru pengiring bagi setiap sekolah. Antara sekolah-sekolah yang ikut serta dalam program ini ialah ;

  1. Sekolah Kebangsaan Asyakirin
  2. Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohamad
  3. Sekolah Kebangsaan St. Anthony
  4. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak
  6. Sekolah Kebangsaan Kidurong 2
  7. Sekolah Kebangsaan Bintulu
  8. Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu
  9. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua
  10. Sekolah Jenis Kebangsaan Siong Boon

Empat orang murid SK Asyakirin telah dipilih untuk menyertai program tersebut.

Antaranya ialah ;

  1. Muhammad Arif Arfan bin Abdul Taib Jemali
  2. Aniq Akma Anis bin Sahran
  3. Mohamad Naim Nor Akmal
  4. Petrus Paulus Ding

Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang bercampur-campur antara sekolah. Sebuah asrama yang boleh memuatkan 50 orang disediakan bagi tempat tinggal murid. Manakala guru-guru pengiring disediakan 3 buah chalet untuk menginap. Sepanjang 4 hari berkampung di Mardiah Resort, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya slot-slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah sukan dan kecergasan. Disamping itu, murid-murid dilibatkan dalam slot-slot keagamaan dan moral.

Pada awal pagi, murid memulakan aktiviti pada pukul 5.00 pagi dengan solat subuh dan kerohanian. Seterusnya perhimpunan dengan pengisian lapor anggota, bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku, ikrar antidadah, amanat kem komandan, lagu Dadah Durjana dan lagu Hidup Ceria Tanpa Dadah. Murid juga disediakan dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Pada hari ketiga, murid melakukan aktiviti luar iaitu Eksplorasi dalam kumpulan. Pada sebelah malamnya pula murid mempersembahkan hasil persembahan mereka dalam kumpulan bagi merebut tempat sebagai juara kumpulan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah lakonan, nyanyian dan dikir barat.

Pada waktu malam, guru-guru pengiring berganti-ganti untuk berjaga malam di dewan dan memastikan murid-murid tidur awal. Guru-guru pengiring dilibatkan secara aktif sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dan juga bertindak sebagai pelaksana aktiviti dalam slot kerohanian dan kecergasan.

Pada hari terakhir, penutupan program dirasmikan oleh pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah iaitu Encik Zaidi. Murid-murid menerima pelbagai hadiah dan cenderahati daripada pihak AADK atas penglibatan dan kerjasama mereka sepanjang pihak AADK mengelolakan program tersebut. Melalui program yang telah dilaksanakan tersebut, murid-murid menerima ilmu pengetahuan yang berguna serta impak yang positif dari segi tingkah laku mereka. Murid-murid lebih berdisiplin dan menunjukkan sikap yang baik setelah selesai semua aktiviti dalam program tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s