PERSIAPAN AKHIR UPSR 2016 SK ASYAKIRIN

Jumaat, 2 September: Segala persiapan untuk UPSR tahun ini telah bermula sejak awal lagi dan kini tiba ke kemuncaknya. Pada hari terakhir, semua kemudahan fizikal seperti meja dan kerusi telah disusun dengan teratur mengikut jumlah calon bagi setiap bilik peperiksaan. Jam dinding juga telah diletak di setiap bilik dan dipastikan berfungsi. Kipas dan lampu juga sudah diselenggara agar berfungsi.

Kawasan kuarantin calon-calon UPSR yang berada di ruang legar juga telah diletakkan pita berwarna merah putih, begitu juga tangga sebagai tanda peringatan dan amaran kepada murid-murid lain bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan. Papan tanda dan peringatan seperti ‘Senyap’, ‘Kawasan Larangan’, ‘Tidak Boleh Lalu di Sini’ dan ‘Peperiksaan sedang dijalankan’ juga telah diletakkan di kawasan tertentu. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Maslinda selaku ketua serta guru-guru dan AKP yang telah bertugas sebagai AJK. Tugas masih perlu dijalankan selagi UPSR belum berakhir. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s