SAMBUTAN HARI TASKA KEBANGSAAN PERINGKAT BINTULU 2016

Sabtu, 6 Ogos 2016: Seramai sembilan orang murid Prasekolah Cemerlang dari SK Asyakirin telah terlibat dalam sambutan Hari Taska Kebangsaan peringkat bahagian Bintulu pada 6 Ogos yang lalu. Tema sambutan Hari Taska pada tahun ini adalah ‘Safety-Keep Me Safe: The Path to Perfect Safety.’ Seramai 10 orang ibu bapa murid SK Asyakirin, sembilan orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid turut terlibat pada hari tersebut.

Antara VIP yang hadir adalah Timbalan Tuan Residen, Encik Richard Abunawas, Encik Teo (wakil Dato’ Seri Tiong),  Tuan Haji Jaffy (wakil BDA) dan Encik Humbari (wakil JKM Sarawak). Terdapat pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan pada Hari Taska ini. Antaranya ialah pertandingan lintas hormat, ‘treasure hunt’, mengutip sampah terbanyak dan pameran ‘booth’ tercantik. Syukur, SK Asyakirin telah mendapat tempat ketiga untuk kesemua pertandingan kecuali pertandingan mengutip sampah (saguhati).

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Taska ini. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas kehadiran dan sokongan dalam membantu para guru dan staf menguruskan murid-murid cilik ini. Terima kasih!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s