BENGKEL UPSR TAHUN 6/2016

Pada 26 Julai 2016 – 2 Ogos 2016, SK Asyakirin telah menjalankan bengkel UPSR kepada calon-calon UPSR SKA 2016. Bengkel ini diadakan sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik-teknik menjawab kertas soalan yang terkini. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang berkesan dan efektif. Setiap pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab dengan cara yang betul dan efektif.

Penceramah bengkel adalah dari kalangan guru-guru SKA yang berpengalaman iaitu penceramah  Bengkel BM  (Cg. Rafiza Abd Rahman, Cg. Norlia Bujang dan Cg. Moris Anjat). Bagi Bengkel Matematik (Cg. Junainah Duen, Cg. Wardina), Bengkel Bahasa Inggeris (Cg. Farizah Sehim, Cg. Siti Haziah dan Cg. Syarifah Suhaila) dan Bengkel Sains (Cg. Shahrin Omar, Cg Norsiah Adenan dan Cg. Diana Charles Iman). Sepanjang bengkel dijalankan, murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan ditempatkan di Bilik Sains II, Makmal Komputer dan Pusat Sumber Sekolah.

Diharapkan bengkel UPSR ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran belajar dan kefahaman murid tentang cara belajar yang berkesan dan membina keyakinan murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran serta menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s