AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM SK ASYAKIRIN

Ogos 2016: Pada bulan ini, kelima-lima unit beruniform SK Asyakirin yang terdiri daripada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah masakan rimba, ikatan, memasang khemah, menghasilkan luka tiruan, balutan, perkelahan, menghasilkan alat muzik (menggunakan…

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI DAN DOA HAJAT UPSR 2016

Rabu, 24 Ogos 2016: SK Asyakirin di bawah pengelolaan Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi dan Doa Hajat UPSR khusus kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Bagi murid-murid beragama Islam, mereka berkumpul di perpustakaan sekolah manakala murid-murid beragama Kristian berkumpul di dewan utama. Penceramah yang…

SAMBUTAN HARI TASKA KEBANGSAAN PERINGKAT BINTULU 2016

Sabtu, 6 Ogos 2016: Seramai sembilan orang murid Prasekolah Cemerlang dari SK Asyakirin telah terlibat dalam sambutan Hari Taska Kebangsaan peringkat bahagian Bintulu pada 6 Ogos yang lalu. Tema sambutan Hari Taska pada tahun ini adalah ‘Safety-Keep Me Safe: The Path to Perfect Safety.’ Seramai 10 orang ibu bapa murid SK Asyakirin, sembilan orang guru…

BENGKEL UPSR TAHUN 6/2016

Pada 26 Julai 2016 – 2 Ogos 2016, SK Asyakirin telah menjalankan bengkel UPSR kepada calon-calon UPSR SKA 2016. Bengkel ini diadakan sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik-teknik menjawab kertas soalan yang terkini. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang berkesan dan…

PROGRAM DIDIK BERITA HARIAN ANJURAN YAYASAN BANK RAKYAT

Pada 30 Julai yang lalu beberapa orang murid Sk Asyakirin telah dipilih untuk turut sama menghadiri Program Didik. Program yang dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat bertujuan memberi penerangan dan ilmu kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Program yang dilaksanakan lebih menumpukan kepada Pengenalan Format Baharu Sains 2016. Di harapkan program…