PROGRAM JALINAN KASIH DI AIDILFITRI BERSAMA ‘JAUHAR AL-JANNAH’

30 Jun 2016 : Jawatankuasa Kebajikan Islam dan Dakwah SK Asyakirin (JAKIDA) telah menjalankan program Jalinan Kasih di Aidilfitri bersama Jauhar Al-Jannah. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid serta keluarga yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim dan mualaf dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Seramai 50 orang murid yang terlibat dari Tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk dari kelas Pendidikan Khas.

jakida5

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Abdul Harun Bin Sa’adi, Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Bintulu. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua Pibg SK Asyakirin, Encik Johan Bin Ismail, Guru Besar serta penolong-penolong kanan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, pihak jawatankuasa telah berjaya mengumpul sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan makanan daripada pelbagai pihak.

Antaranya ialah Bank Rakyat, Pibg SK Asyakirin, Bintulu Port Holdings, Biport Bulkers, Jepak Holding, Tabung Haji, J&J Daily Fresh, Mardhiah Resort, Dapo Bonda, Long & Leong Sdn.Bhd., Alya Cafe, CS Cafe, JS Saloon Beauty, Refah Cafe, Bumi Makmur, ibu bapa murid-murid SK Asyakirin serta guru-guru dan Ahli Kakitangan Pelaksana SK Asyakirin.

jakida1

Jutaan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan daripada para penyumbang. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru dan AKP yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha murni ini diberkati. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s