PROGRAM JALINAN KASIH DI AIDILFITRI BERSAMA ‘JAUHAR AL-JANNAH’

30 Jun 2016 : Jawatankuasa Kebajikan Islam dan Dakwah SK Asyakirin (JAKIDA) telah menjalankan program Jalinan Kasih di Aidilfitri bersama Jauhar Al-Jannah. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid serta keluarga yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim dan mualaf dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Seramai 50 orang murid yang terlibat…

PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN 2016 PERINGKAT SEKOLAH

Program Pengurusan Berat Badan dikendalikan oleh Pihak Klinik Kesihatan Bintulu dengan kerjasama SK Asyakirin. Program pengurusan berat badan dilaksanakan khusus kepada murid-murid yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan (obesiti). Untuk makluman, program ini telah dijalankan sejak bulan April 2016. Program ini dilaksanakan pada minggu yang terakhir pada┬ásetiap bulan. Objektif utama program ini adalah untuk…

Sambutan Hari Gawai & Hari Raya PPKI SK Asyakirin 2016

Pada 28 Julai 2016 yang lalu kelas PPKI SK Asyakirin telah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya. Ibu bapa murid-murid PPKI juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi keberlangsungan program ini. Guru-guru serta staf-staf SK Asyakirin telah merancakkan lagi suasana serta majlis pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru serta staf-staf SK…

AKTIVITI KOKURIKULUM 27 JULAI 2016

Pada 27 Julai 2016 yang lalu seperti biasa aktiviti kokurikulum dilaksanakan mengikut ketetapan tarikh seperti biasa. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan bagi menyeimbangkan antara sahsiah dan penguasaan ilmu dalam dari setiap murid untuk digunakan pada masa hadapan.

JADUAL BENGKEL UPSR TAHUN 6 2016

Salam sejahtera dan salam menjulang pendidikan Sarawak. Untuk makluman semua, memandangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 hanya tinggal 41 hari lagi, jadi SK Asyakirin telah menjalankan Bengkel UPSR kepada murid-murid tahun 6 sebagai salah satu aktiviti untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik menjawab kertas soalan yang terkini. Berikut adalah jadual aktiviti: JADUAL BENGKEL UPSR TAHUN…

Kursus Pengurusan Laman Web SK Asyakirin

Pada 20 Julai 2016, satu kursus pengurusan Laman Web SK Asyakirin telah dijalankan oleh PIBG SK Asyakirin bersama SK Asyakirin. Kursus dikendalikan oleh Encik Johan bin Ismail, Pensyarah UPMKB. Kursus ini disertai oleh para pengendali laman web Sk Asyakirin yang baharu dibina awal 2016. Seramai 6 orang pengendali laman telah menyertai kursus ini iaitu Cikgu…

DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI (DPI) PROGRAM LINUS 2.0 2016

Pada Selasa 19 Julai 2016, pihak PPD Bintulu dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan ke SK Asyakirin bagi Dialog Pelaksanaan Intervensi (DPI) Program Linus diketuai oleh Puan Suriani Sulaiman (Pensyarah Kanan), Puan Natrah Manap (Penolong Pengarah), Puan Anita Anak Duyok, Puan Fatin Izzati Wong (wakil fasilinus PPD Bintulu) dan Puan Herunisah Sama (wakil…