SK Kampung Kuala Sibuti Miri mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Asyakirin Bintulu

sibuti01

Pada Hari Sabtu 23 April 2016, SK Asyakirin telah menerima kunjungan rasmi daripada SK Kampung Kuala Sibuti Miri.  Program ini merupakan Lawatan Penanda Aras yang bertujuan untuk merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kurikulum SK. Kampung Kuala Sibuti agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama.

Rombongan pelawat diketuai oleh Encik Josni bin Shahmad, Guru Besar SK Kampung Kuala Sibuti dan diiringi oleh Encik Zaini, Yang DiPertua PIBG dan warga guru. Rombongan pelawat tiba sekitar jam 2.00 petang dan disambut oleh Encik Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini, Guru Besar SK Asyakirin dan Encik Johan Ismail, Yang Dipertua PIBG, Penolong-Penolong Kanan, guru dan staf sekolah.

Program tersebut merangkumi sesi taklimat dan perkongsian antara sekolah, lawatan ke kelas-kelas ceria dan kondusif, kelas pendidikan khas, kelas prasekolah dan pusat sumber sekolah.  Program lawatan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati antara sekolah dan jamuan petang. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan terhasilnya satu perkongsian ilmu antara dua sekolah yang berkesan. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bertanggungjawab menjayakan program ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s