Dato’ Seri Tiong King Sing menyumbang RM 25,000 dan merasmikan Program Gotong Royong Perdana dan Pintu B SK Asyakirin

 

7173dd9a-8b43-4011-82f9-217cf8f240a2

PIBG SK Asyakirin bersama Pengurusan Sekolah berbesar hati di atas kesudian kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen P217 Bintulu untuk merasmikan Program Gotong Royong Perdana dan Projek Pintu B SK Asyakirin Bintulu. Dalam ucapoan perasmian, beliau turut mengumumkan sumbangan sejumlah RM 15,000 untuk meningkatkan kemudahan sekolah dan tambahan RM 10,000 untuk membantu aktiviti PIBG SK Asyakirin. Menurutnya lagi, PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta kemajuan sekolah dan pelajar.  Majlis turut dihadiri En. Law Siong Lee, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Bintulu. Majlis perasmian secara simboliknya iaitu Penanaman Pokok Bunga dan Pembukaan Pintu B SK Asyakirin telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Tiong King Sing bersama En. Law Siong Lee, diiringi En. Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini (Guru Besar SK Asyakirin), En. Johan bin Ismail (YDP PIBG SK Asyakirin) dan disaksikan ratusan ibu bapa dan guru SK Asyakirn. PIBG SK Asyakirin dengan Pengurusan Sekolah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Ahli Parlimen P217 Bintulu.

This slideshow requires JavaScript.

PIBG SK Asyakirin bersama Pihak Pengurusan Sekolah turut mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru/staf yang hadir melibatkan diri dengan Program Gotong Royong Perdana 2016. Seramai 250 peserta telah hadir terdiri daripada ibu bapa dan guru berdedikasi untuk bersama-sama menyumbang bakti dalam program ringkas bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan persekitaran SK Asyakirin.  Dengan wujudnya suasana yang ceria dan kondusif, murid-murid akan dapat belajar dengan lebih tenang dan efektif.  PIBG SK Asyakirin bersama Pihak Pengurusan Sekolah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan wang ringgit untuk menggantikan ketidakhadiran mereka dalam program ini. Semoga sumbangan mereka akan membantu meneruskan program keceriaan di sekolah selepas ini. Secara keseluruhan, Program Gotong Royong berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penganjurannya. Semoga lebih ramai lagi ibu bapa akan tampil berbakti kepada sekolah selepas ini. Syabas kepada semua.

Ikhlaskan Hati Hulurkan Bakti 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s