Program Gotong Royong Perdana 2016 dan Perasmian Pintu B SK Asyakirin

16 apr b

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Sekolah melalui Unit Keceriaan dan Kebersihan Sekolah akan mengadakan program Gotong Royong Perdana SK Asyakirin 2016.  Program ini telah dibentang dan disokong semasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke 8 tahun 2016.  Semua ibu bapa dijemput untuk datang bersama menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah.  Sekolah Kebangsaan Asyakirin Bintulu di bawah pengurusan Encik Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini sedang mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan kondusif untuk murid-murid. PIBG berharap dengan suasana keceriaan, murid-murid akan dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan.

pintuB

Pada majlis yang sama, Pintu B Sk Asyakirin akan turut dirasmikan semasa Perasmian Gotong Royong Perdana SK Asyakirin. PIBG SK Asyakirin telah menjemput YB Parlimen Bintulu sebagai tetamu kehormat dan PPD bintulu dalam upacara yang penuh bermakna bagi SK Asyakirin. Projek Pintu B yang dibiayai sepenuhnya oleh PIBG SK Asyakirin merupakan satu permintaan ibu bapa dan PIBG berharap kemudahan ini dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di awal pagi dan waktu tengahari di sekitar SK Asyakirin. Pintu B akan dibuka untuk kegunaan ibu bapa dan penjaga mulai 18 April 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s