Pertandingan Bola Sepak Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun Anjuran PPD Bintulu 2016

Pada 30-31 Mac 2016, Pertandingan Bola Sepak Peringkat Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu. Pertandingan bola sepak ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dan disertai oleh beberapa buah sekolah sekitar Bintulu. Sekolah Kebangsaan Asyakirin telah menghantar wakil iaitu sepasukan bola sepak untuk menyertai pertandingan ini.

Pasukan bola sepak sekolah diketuai oleh Cikgu Rozalani iaitu Penolong Kanan Kokurikulum dibantu oleh beberapa jurulatih bola sepak iaitu Cikgu Mohd Saifuddin, Cikgu Ahmad As-Sauqay dan Cikgu Harrison. SK Asyakirin telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan hanya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Walaupun tidak menjuarai pertandingan, tetapi semangat juang dan kesungguhan murid-murid bermain baik. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa serta guru-guru sekolah yang memberi sokongan baik dari segi motivasi dan tenaga bagi menghantar wakil pasukan ke pertandingan tersebut. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s