Laporan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin Bilangan 8 Tahun 2016

Mesy Agung 2016

Barisan Exco PIBG bersama Hadirin Mesyuarat

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin Bilangan 8 Tahun 2016 telah diadakan pada 5 Mac 2016 bertempat di Dewan Utama SK Asyakirin Bintulu. Seramai lebih kurang 250 ahli PIBG yang terdiri daripada ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat tersebut. Jumlah kehadiran adalah yang paling ramai untuk mesyuarat agung tahunan PIBG SK Asyakirin. Syukur Alhamdulillah, mesyuarat telah berjalan dengan lancar.  Minit mesyuarat agung tahunan bilang 7 Tahun 2015, Laporan Aktiviti Tahunan 2015 dan Laporan Kewangan 2015 telah disahkan.

Enam usul utama telah dibentangkan dan kesemua usul telah diluluskan dengan sebulat suara. Berikut adalah butiran ringkas usul yang telah diluluskan:

1. Sumbangan Tahunan PIBG SK Asyakirin Tahun 2017 kekal pada kadar RM 20/keluarga.

2. Kadar kutipan minima bagi Program Kutipan Awam Bacariation 2016 adalah minima RM50/murid. Bagi yang berkeluarga, minima RM50 bagi seorang anak dan minima RM 10 bagi anak-anak yang lain.

3.  Menutup Akaun Simpanan Tetap PIBG SK Asyakirin.

4.  Menetapkan kadar kutipan RM2.00/keluarga untuk aktiviti kokurikulum murid

5.  Menetapkan kadar ganti kehadiran Program Gotong Royong Perdana SK Asyakirin iaitu RM 10/ keluarga.

6.  Menetapkan kadar Karnival UPSR 2017 bagi murid Tahun 6 iaitu RM100/murid.

Selain itu, sekolah bersetuju untuk mengkaji balik dan menyusun semula jadual Tasmik dan Kafa supaya tidak membebankan waktu murid.  Jawapan kepada semua usul/cadangan ibu bapa akan dipaparkan dalam Laman Web Sekolah. Mesyuarat telah ditangguhkan pada sekitar jam 10.45 pagi.

PIBG SK Asyakirin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan kehadiran ahli PIBG pada hari tersebut. Semoga hubungan silaturahhim antara PIBG dan pihak sekolah dirapatkan lagi untuk tahun 2016 ini sesungguhnya membawa kepada peningkatan kecemerlangan murid dan sekolah.

Semua maklumat dalam penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan maklumat ringkas yang akan disahkan semula di mana laporan penuh perjalanan mesyuarat akan dikeluarkan dalam Minit Mesyuarat Agung Tahunan Bilangan 8 Tahun 2016 yang akan disiapkan dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s