Audit Akaun PIBG 2015

Selama 2 minggu bermula Ferbuari 2016, akaun kewangan PIBG SK Asyakirin telah diaudit oleh En. Zulkernain bin Zamawi dan Puan Rafeah binti Lair, iaitu Juruaudit Dalaman PIBK SK Asyakirin. Pada 17 Februari 2016, satu perjumpaan khas telah diadakan antara Juruaudit Dalaman dengan Ahli Jawatankuasa PIBG  untuk membentangkan dapatan audit. Ahli Jawatankuasa PIBG telah diwakili oleh En. Johan bin Ismail (Yang Di Pertua), Cik Siti Haziah binti Raduan (Setiausaha Kehormat), Cik Farizah binti Sehim (Naib Bendahari Kehormat), Puan Nurhazlena binti Abdurani (Bendahari Kehormat) dan Puan Dayangku Siti Nor Asmah binti Awang Haji Bujang (Naib Bendahari Kehormat).

Secara keseluruhan, Juruaudit berpuas hati dengan pengurusan kewangan PIBG dan mendapati akaun kewangan PIBG adalah teratur. Namun Juruaudit memberi beberapa teguran, langkah pemurnian dan cadangan penambahbaikan untuk pengurusan akaun kewangan. Seterusnya, PIBG perlu membuat langkah pemurnian dan semakan terakhir oleh Juruaudit pada 26 Februari 2016. Laporan kewangan yang telah diaudit akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.  PIBG SK Asyakirin merakamkan penghargaan kepada Juruaudit Dalam PIBG yang menjalankan kerja audit akaun dengan teliti dan senantiasa memberi cadangan penambahbaikan untuk memantapkan pengurusan kewangan PIBG SK Asyakirin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s