Baik Pulih Pagar Utama Sekolah

Guru Besar memasang roda baharu pagar utama sekolah Di awal tahun 2016, pagar utama SK Asyakirin rosak dan tidak dapat digerakkan, ini menyebabkan hanya satu bahagian pagar dapat berfungsi. Inisiatif Guru Besar telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan penggantian roda baharu. Kos baik pulih pagar utama tersebut adalah ditanggung oleh PIBG SK Asyakirin. PIBG SK…

Laman Blog Rasmi PIBG Berpindah

Laman Blog Rasmi PIBG SK Asyakirin 2013-2015 Laman Blog Rasmi PIBG SK Asyakirin telah diwujudkan pada tahun 2013 dan merupakan tapak maya bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti sekolah dan aktiviti PIBG. Bermula tahun 2016, Laman Blog Rasmi PIBG Sk Asyakirin berpindah dan guna sama bersama Laman Web Rasmi SK Asyakirin dalam satu projek usahasama PIBG-Pihak…

Baik Pulih Elektrikal

Sekolah telah mengalami gangguan sistem elektrikal di awal tahun 2016. Beberapa lokasi sekitar sekolah tiada elektrik termasuk tandas murid, kelas dan koridor pejalan kaki.  PIBG telah ambil maklum perkara tersebut dan kerja baik pulih dilaksanakan segera. Kos pembaikan kerja elektrikal tersebut ditanggung oleh PIBG SK Asyakirin.

Pendaftaran Sekolah 2016

Hari Pendaftaran Sekolah SK Asyakirin telah dilaksanakan pada 2 hb Januari 2016, Sabtu. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang lain. Semoga tahun 2016 menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya untuk semua warga SK Asyakirin.