UPSR 2017

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini akan dijalankan pada 11 hingga 14 September 2017. Terdapat enam subjek iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains. Berikut adalah jadual UPSR mengikut hari dan subjek: Buat calon-calon UPSR SK Asyakirin, seluruh warga SK Asyakirin sentiasa mendoakan yang…

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-60

Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin. Dengan tema tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, hal ini menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. #harikebangsaanke-60 #negarakusehatisejiwa

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Untuk makluman semua, sekolah akan bercuti bermula pada 26 Ogos hingga 3 September 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 4 September 2017. Kesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga SKA yang beragama Islam memandangkan perayaan ini akan disambut dalam cuti tersebut (1 September). Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran.  

PELAKSANAAN LINUS SARINGAN 2 2107

Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh pelaksanaan Linus Saringan 2 yang melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 yang melibatkan tiga komponen iaitu Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi. Untuk makluman, Tahun 4 hanya untuk murid yang belum menguasai Literasi Bahasa Inggeris sahaja.  

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga SKA yang beragama Islam. Semoga perayaan ini disambut dalam penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Selamat bercuti juga diucapkan kepada warga SKA yang akan bercuti nanti. Cuti bermula pada 23 Jun hingga 2 Julai 2017. Sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan! Selamat Hari Raya and Happy Holiday!!!  

Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk makluman seluruh warga Sekolah Kebangsaan Asyakirin, pada hari Sabtu (17 Jun 2017) akan diadakan sesi persekolahan sempena Cuti Ganti Hari Raya Aidilfitri iaitu hari Jumaat (23 Jun 2017). Cuti Ganti ini telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Pada hari Sabtu tersebut akan diadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa Kali Yang Pertama pada sesi persekolahan tahun 2017.…

SELAMAT HARI GAWAI

Selamat Hari Gawai diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin yang meraikan perayaan ini. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan. Gayu Guru Gerai Nyamai.